Assalamualaikum..
Raya aidiladha baru saja disambut pada 12 september 2016 lepas..
Tidak seperti raya aidilfitri lalu.. Promo henna raya zerra mendapat sambutan bagus dan memberangsangkan.. Tapi promo raya aidiladha agak kurang sambutan,tambah pula zerra post tentang promo sekali dua sahaja.
Ianya bukan salah sesiapa hehehe..cuma sebahagian dari susunan perancangan business zerra.. Ada beberapa perkara yang zerra perlu setting balik termasuk account facebook zerra.
Sebelum ni ramai yang mengenali zerra dari account ZERRA FAZIRA, dari pemerhatian zerra hanya segelintir sahaja dari kenalan facebook zerra yang mengetahui zerra buat service henna/inai.. Selebihnya hanya memandang account itu cuma sekadar one of friend list biasa.. Mungkin kerana username yang ala2 retis kunun nya tu hihihi.. (Malu kejap)
Dan sebahagian lagi yang ada dalam friend list zerra adalah mereka yang sudah jadi customer zerra..
Jadi percent untuk zerra dapatkan target customer akan datang agak sukar.. Kerana nama yang ada, tidak sinonim dengan henna.
Untuk tukar nama facebook tidak boleh kerana account zerra dah limit.
keputusan diambil setelah dinilai oleh beberapa risiko dan faktor lain, zerra kini aktif di account facebook bernama ZERRA HENNA ARTIS selain facebook page ZERRA DESIGN.
Adakalanya kita perlu muhasabah diri apabila apa yang kita usahakan tidak berjalan dengan lancar.. Dan perlu bagi seorang yang ber business selalu update strategi marketing mereka.
Doa dan usaha perlu jalan seiringan.
TIPS PERIBADI:
jangan terlalu cepat mengalah dengan kegagalan,kerana tanpa usaha kita tak mungkin melihat masa depan yang cerah.
Usaha tanpa doa umpama kamu menanam pohon tanpa disiram dan dibaja,lelahnya menanam hanya sia2 tanpa hasil yang berkat.