Assalamualaikum... alhamdulillah selesai sesi ke tiga henna kelas utk tahun 2015..
ramai yang tak menyangka bahawa owner zerra design ni disable people.. hihihi..
actualy zerra sendiri pun tidak begitu gemar untuk memperkenalkan diri sebagai disable people..
okey.. harini kite cite sikit sesuatu yang diluar topic hahaha boley??? alaaaa boley laaaa...pleaseeeee...okey sayang u olsss haha :P
sebenarnya zerra tak begitu gemar pamerkan diri sebagai disable people,bukan kerana malu.. tidak sama sekali... cuma zerra mahu bersikap profesional dalam kerjaya yang zerra ceburi..zerra lakukan aktivity seni adalah kerana minat yang mendalam,bukan kerana mahu meraih simpati dari sesiapa.. yelah... certain orang ada yang gunakan alasan sebagai disable people untuk dapatkan sesuatu.. tapi bagi zerra tidak.. zerra masih mampu berusaha. zerra masih mampu melukis... masih mampu memberi tunjuk ajar bagi mereka yang ingin belajar..
kebanyakkan customer zerra tidak pernah tahu keadaan zerra sebagai disable people sehingga hari zerra pergi kerumah mereka untuk malam berinai.. for me its not importhan things ... hihihi.. yang penting boleh buat keje... ada yang terkejut.. ada yang terima dengan hati dan fikiran yang terbuka... sorila u olsss.... i olsss bukan xnak bagitahu u olss... hahahaha... tapi surpirse2!!! ngeee..
kerana zerra mahu hidup dikalangan kamu yang serba sempurna.. so zerra xleh jadikan ketidaksempurnaan ni sebagai satu alasan yang paling besar untuk menghalang zerra lakukan apa yang zerra suka dan minat... dan fizikal ni bukan alasan yang besar untuk zerra berjaya macam irfan khairi,dato azizan othman.. dan ramai lagi mentor2 berjaya diluar sana...
sedikit sebanyak zerra nak beri inspirasi pada mereka yang langsung tiada keyakinan diri untuk melangkah... zerra cuba lakukan sesuatu diluar kotak.. dan resultnya tidaklah begitu mengecewakan...
TIADA ISTILAH TIDAK BOLEH!TIDAK RETI! TIDAK PANDAI! MELAINKAN ANDA TIDAK MAHU! :)
assalamualaikum cukup dulu sampai sini ai membebel yer u olssss ahaksss jumpa lagiiiiii!!!